8. Apabila kita mahu melukis bentuk bujur, kita akan memerlukan Ellipse Tool.Bentuk bujur yang akan muncul buat pertama kali berkemungkinan tidak mempunyai warna sama sekali, sama ada di dalam bentuk bujur itu atau pada garisan luarnya. Apa yang tertera adalah garisan biru (jika di select) dan garisan itu akan hilang jika tidak diselect/klik.Ini berlaku kerana bentuk bujur itu belum dimasukkan warna dan garisan biru itu hanyalah berfungsi sebagai guide kepada kita.
Apabila perkara ini berlaku kepada anda, anda perlu memasukkan warna berdasarkan langkah no. 7 di dalam tutorialsebelum ini. Saya memilih untuk mewarnakan garisan luar bentuk bujur ini dengan warna hitam.(sila lihat contoh di bawah)
9. Menggunakan Adobe Illustrator untuk melukis memerlukan ketepatan dan simetri dan kerana itulah kita memerlukan satu tool lain iaitu 'Ruler'. Di mana kita nak cari tool yang penting ini?
Sila ikuti langkah ini. Di bahagian atas page kita itu kita cari perkataan'View'. Klik perkataan itu dan akan muncul senarai lain yang boleh dipilih. Cari dan pilih 'Show Rulers'. (sila lihat contoh di bawah)
Selepas anda memilih 'Show Rulers', Ruler Tool akan muncul dan anda sudah boleh menggunakannya untuk melakukan kerja anda seterusnya. Di mana letaknya tool tersebut? Letaknya ditepi kiri page kita. (sila lihat contoh di bawah)
Sekarang, kita teruskan dengan lukisan kita. Select bentuk bujurkita tadi dan di atas bentuk bujur kita itu akan muncul5kotak kecil berwarna biru. Ianya merupakan guideline untuk membantu kerja kita itu supaya menjadi lebih tepat dan kemas. (sila lihat contoh di bawah)
Sekarang, bagaimana mahu menggunakan Ruler?Kita akan sambung selepas ini..
Video
di atas adalah mengenai seekor kucing yang dianiaya oleh manusia.
Penulis menjumpai kucing ini semasa berada di satu tempat di Pantai
Timur. Dari kejauhan, saya menyangka kucing ini cedera kerana berjalan
terhincut-hincut. Apabila kucing ini menghampiri saya baru saya perasan
yang satu dari kakinya tiada/kudung.
Apabila saya
bertanyakan orang di kawasan perumahan itu, jawapannya amat mengejutkan
sekaligus amat mengharukan. Tanpa sebab yang jelas, kucing ini telah
diikat kakinya dengan gelang getah oleh seseorang. Apabila beberapa
orang yang prihatin cuba untuk menyelamatkannya, kucing yang sedang
kesakitan dan trauma itu melarikan diri menyebabkan usaha
penyelamatannya gagal. Tidak lama kemudian, bahagian kaki hadapan yang
diikat getah itu akhirnya terputus sehingga menampakkan tulang.
Termenung
saya seketika. Sanggup manusia yang berakal ini melakukan perbuatan
seperti ini? Sedangkan kita sebagai khalifah perlu menjaga alam dan
kehidupannya ini, bukan merosak dan memusnahkannya..
8. When we starting to make oval shape with Ellipse Tool. This things will be happen if your colour palette was empty (only a blue line appear). So, if this happen to you, you must insert colour at the drawing (stepno. 7). In this situation, i choose the black colour for the outline.
9. Using Adobe Illustrator for drawing, we requiresprecision/accuracy. That's why we need ruler. How to find it? Just follow this steps. At the top of the page, find 'View'. Click it and this list (below) will appear. Choose 'Show Rulers'
After choosed 'Show Rulers', Ruler Tool will appear and now it's ready to use the ruler.
Now, we will continue with our drawing. Select the oval shape and you will see 5small
box around the oval. It's for your guideline to help you to make your artwork more
accurate.
How to use the ruler? We will continue after this..
5. Apabila kita sudah ada 'kanvas' untuk melukis, tentu saja kita memerlukan alatan untuk melukis. Di dalam Adobe Illustrator, alatan ini dipanggil 'Tool'. Kebiasaannya, ia akan muncul di sebelah kiri page apabila kita membuka software ini. Jika tidak ada di situ, kita perlu mencarinya secara manual. Pergi ke bahagian atas page kita itu, cari perkataan 'Window'. Klik 'Window' dan pilih 'Tools' dan Tools akan terpapar di sebelah kiri page.
6. Sekarang, kita pergi kepada 'Tool'.Oleh kerana kita perlu melukis bulatanmaka kita perlu pilih ikon Ellipse Tool (tool bulatan). Akan tetapi, biasanya ikon yang ada di 'Tool' adalah ikon Rectangle Tool (tool empat segi)(contoh di bawah)dan ikon Rectangle Tool khusus untuk membuat garisan empat segi sahaja.
Untuk membuat lukisan bulatan memerlukan Ellipse Tool dan untuk mendapatkannya, kita perlu menekan cursor (anak panah berwarna hitam) kepada Rectangle Tool, jangan lepaskannya sehingga satu paparan baru muncul di bawahnya (sila lihat contoh di bawah ini).
7. Dah dapat? Klik Ellipse Tool dan gunakannya untuk membuat satu bulatan bujur.
Untuk meletakkan warna kepada bulatan itu, sila select atau klik di atas bulatan itu. Pergi semula ke bahagian atas page, cari Windowdan pilihColor. (lihat gambar di bawah)
Satu palette akan muncul (seperti di bawah).
Bagaimana mahu menggunakannya?Kita hanya perlu select atau klik bulatan kita tadi dan kita boleh memilih sama ada mahu mewarnakan garisan luarnya sahaja atau mahu mewarnakan bahagian dalam bulatan tersebut. Caranya, kita hanyaperlu selectatau klik lukisan bulatan kita tadi dan pilih kotak kecil di dalam colour palette. Untukmewarnakan garisan luar, kita cuma perlu menekan kotak yang berbentuk bingkai gambar itu dan pilih warna apa yang kita kehendaki di bahagian bawah palette dan begitulah sebaliknya,kotak yang mempunyai garisan merah di dalamnya itu khusus untuk mewarna di bahagian dalam lukisan kita.
Hari ini saya nak tunjukkan kepada sesiapa yang berminat tentang cara melukis serangga (ladybird) dengan menggunakan Adobe Illustrator (step by step). Oleh kerana saya membuat tutorial ini untuk mereka-mereka yang baru belajar maka saya akan menunjukkan perkara-perkara asas terlebih dahulu sebagai panduan.
Tutorial ini adalah mudah untuk diikuti dan sesiapa sahaja boleh melakukannya asal saja ada kemahuan dan yang penting lagi, ada komputer dan software Adobe Illustrator.
Untuk pengetahuan semua, software ini adalah software yang lazim digunakan oleh pelukis grafik dan designer dalam kerja-kerja profesional mereka. Apapun, software ini sebenarnya boleh juga digunakan untuk melukis (selalunya dipanggil lukisan vector).
Kita akan mulakan dengan perkara paling asas.
1. Bukasoftware Adobe Illustrator.
2.Pada bahagian yang paling atas sebelah kiri, kita akan jumpa perkataan 'File', klikFile >>> New
3.Satu paparan (seperti di bawah) akan muncul. Anda boleh tukar nama fail ini mengikut kesukaan anda.
4.Satu 'kanvas' berwarna putih akan muncul dan anda boleh mula melukis di atasnya.