Tuesday, 24 January 2017

Asas melukis komik bersama ihsansart - siri 4



Sambungan dari siri 3 - Asas melukis komik bersama ihsansart - siri 3 (Asas dan Tips melukis)


Apakah lagi senarai benda-benda atau perkara yang kita perlu ada sebagai asas untuk melukis sebuah komik?

2.  Kita sudah selesai dengan pen dan pensil. Bahan penting yang kedua adalah kertas.   
     Untuk melukis atau melakar komik memerlukan kertas yang sesuai. Kertas yang sesuai 
     dan biasa digunakan adalah kertas putih A4 (yang biasa digunakan untuk fotostat dan 
     printing). 

     Sebaik-baiknyanya, carilah kertas yang agak berjenama, berkualiti dan agak tebal
     Mungkin harganya lebih mahal daripada kertas biasa tetapi kertas yang berkualiti akan  
     lebih tahan lasak dan akan memudahkan kerja melukis kita nanti.




Contoh kertas A4 untuk kegunaan melukis/melakar



3Tempat untuk melukis penting kepada seorang pelukis komik. Cari sebuah kerusi dan  
      meja yang selesa untuk melukis. Ketinggian kerusi dan meja perlu sesuai dengan  
      susuk tubuh dan struktur tubuh serta keselesaan pelukis. Melukis adalah aktiviti yang  
      melibatkan banyak masa (kadangkala sehingga sehari suntuk) dan penting untuk   
      menjaga kedudukan badan semasa melukis supaya tidak memudaratkan diri sendiri. 
      Saya pernah menjalani fisioterapi selama 6 bulan kerana masalah ini (kisah benar).


4.  Oleh kerana kita sedang dalam proses melukis manual dan digital, tentunya kita 
     memerlukan sebuah komputer! :)

     Komputer perlu mempunyai kelajuan dan RAM yang sesuai untuk kerja grafik/melukis.   
     Seperti yang diketahui umum, kerja grafik (walaupun bukan kerja web dll) memerlukan 
     komputer yang agak 'power' dan ruang storan yang besar untuk menyimpan   
     kerja-kerja yang sedang dilakukan dan yang sudah siap sepenuhnya. 

     Contoh spesifikasi sesuai bagi komputer:
     Apa saja jenis komputer - Di dalamnya sekurang-kurangnya Intel Core i3-3240 CPU @ 
     3.40ghZ, 4.0GB RAM, AMD Radeon HD 5450 

      Ada 2 kemungkinan utama apabila tidak menggunakan komputer yang sesuai:
      (a) Komputer jadi lambat 
      (b) Komputer terus 'Hang'! 


   Akan bersambung..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...