Showing posts with label cara melukis komik. Show all posts
Showing posts with label cara melukis komik. Show all posts

Tuesday, 24 January 2017

Asas melukis komik bersama ihsansart - siri 4



Sambungan dari siri 3 - Asas melukis komik bersama ihsansart - siri 3 (Asas dan Tips melukis)


Apakah lagi senarai benda-benda atau perkara yang kita perlu ada sebagai asas untuk melukis sebuah komik?

2.  Kita sudah selesai dengan pen dan pensil. Bahan penting yang kedua adalah kertas.   
     Untuk melukis atau melakar komik memerlukan kertas yang sesuai. Kertas yang sesuai 
     dan biasa digunakan adalah kertas putih A4 (yang biasa digunakan untuk fotostat dan 
     printing). 

     Sebaik-baiknyanya, carilah kertas yang agak berjenama, berkualiti dan agak tebal
     Mungkin harganya lebih mahal daripada kertas biasa tetapi kertas yang berkualiti akan  
     lebih tahan lasak dan akan memudahkan kerja melukis kita nanti.




Contoh kertas A4 untuk kegunaan melukis/melakar



3Tempat untuk melukis penting kepada seorang pelukis komik. Cari sebuah kerusi dan  
      meja yang selesa untuk melukis. Ketinggian kerusi dan meja perlu sesuai dengan  
      susuk tubuh dan struktur tubuh serta keselesaan pelukis. Melukis adalah aktiviti yang  
      melibatkan banyak masa (kadangkala sehingga sehari suntuk) dan penting untuk   
      menjaga kedudukan badan semasa melukis supaya tidak memudaratkan diri sendiri. 
      Saya pernah menjalani fisioterapi selama 6 bulan kerana masalah ini (kisah benar).


4.  Oleh kerana kita sedang dalam proses melukis manual dan digital, tentunya kita 
     memerlukan sebuah komputer! :)

     Komputer perlu mempunyai kelajuan dan RAM yang sesuai untuk kerja grafik/melukis.   
     Seperti yang diketahui umum, kerja grafik (walaupun bukan kerja web dll) memerlukan 
     komputer yang agak 'power' dan ruang storan yang besar untuk menyimpan   
     kerja-kerja yang sedang dilakukan dan yang sudah siap sepenuhnya. 

     Contoh spesifikasi sesuai bagi komputer:
     Apa saja jenis komputer - Di dalamnya sekurang-kurangnya Intel Core i3-3240 CPU @ 
     3.40ghZ, 4.0GB RAM, AMD Radeon HD 5450 

      Ada 2 kemungkinan utama apabila tidak menggunakan komputer yang sesuai:
      (a) Komputer jadi lambat 
      (b) Komputer terus 'Hang'! 


   Akan bersambung..

Friday, 20 January 2017

Asas melukis komik bersama ihsansart - siri 3 (Asas dan Tips melukis)



Sambungan dari siri 2- http://ihsansart.blogspot.my/2017/01/asas-melukis-komik-bersama-ihsansart.html



 Sebelah kiri ketebalan matanya adalah 0.1 dan sebelahnya pula 0.8

Apa pentingnya ketebalan mata pen yang berbeza itu?

Dalam proses melukis komik, sama ada melukis karektor atau latar belakang, ketebalan mata pen ini memainkan peranan penting dalam menunjukkan kekemasan lukisan itu sendiri. Lukisan akan nampak lebih profesional dan tidak comot. Di bawah ini saya beri contoh lakaran yang menggunakan 2 pen yang berbeza ketebalan matanya.


Penggunaan pen yang berbeza saiz matanya ini bukan hanya terhad kepada 0.1 dan 0.8 sahaja. Boleh saja menggunakan saiz mata yang lain juga. Gabungan mata pen ini bukan sahaja boleh dibuat antara 2 pen malahan boleh sahaja digabungkan sehingga 3 jenis mata pen. Asal saja ianya kelihatan kemas dan sesuai, terpulang kepada anda sendiri untuk menentukannya.

Tips: Gunakan pen yang tebal matanya untuk garisan luar dan yang kurang tebal matanya itu lebih sesuai untuk digunakan sebagai garisan dalaman.

  Akan bersambung..

Saturday, 14 January 2017

Asas melukis komik bersama ihsansart - siri 2


Sambungan dari siri 1 - Asas melukis komik bersama ihsansart - siri-1


Senarai benda-benda yang anda perlu ada sebagai asas melukis komik:
1. Pensil dan pen yang sesuai. Pensil untuk melakar dan pen pula untuk menyudahkan   
    lakaran.
  

 

Pensil biasa dan pensil tekan/mekanikal

   Kita boleh menggunakan pensil yang sesuai dan selesa dengan diri masing-masing. 
   Mungkin ada yang suka menggunakan pensil biasa tetapi ada juga yang gemar 
   menggunakan pensil tekan/mekanikal. Terpulang kepada diri sendiri, tepuk dada tanya 
   selera.


Pen yang biasa digunakan untuk melukis komik

   Gambar di atas adalah contoh pen yang biasa digunakan untuk melukis kartun dan komik 
   oleh pelukis profesional. Jika dilihat di bahagian bawahnya, kelihatan nombor-nombor 
   yang bermula dari 0.1 hinggalah kepada nombor 0.8. Ianya menunjukkan ketebalan mata 
   pen tersebut. Kita boleh lihat contoh di bawah ini:
 Sebelah kiri ketebalan matanya adalah 0.1 dan sebelahnya pula 0.8


     Apa pentingnya ketebalan mata pen yang berbeza itu?

     Bersambung ke siri 3:

  Akan bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...